Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, January 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengambil tindakan ke atas pengusaha kilang yang bertanggungjawab ke atas pencemaran sungai di Kampung Kuala Bakong di Baling, Kedah sejak tahun 2011.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, pengusaha kilang terlibat perlu dikenakan tindakan tegas dibawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau dua tahun penjara kerana mencemarkan sungai itu.

“CAP kesal kerana tidak ada tindakan berkesan yang diambil oleh JAS Kedah bagi mengatasi masalah pencemaran sungai itu. Masalah yang berpunca dari pembuangan sisa kilang bukan saja menimbulkan bau busuk tetapi juga telah menyebabkan ikan di sungai kampung tersebut mati dan semakin pupus.

“CAP memandang serius isu ini dan menggesa JAS menjalankan siasatan dengan segera agar keadaan itu tidak memberi impak yang lebih buruk ke atas kehidupan penduduk terbabit,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

S.M. Mohamed mendakwa, kejadian pencemaran itu pernah dikesan pada tahun 2011 dan CAP menghantar surat kepada JAS Kedah termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Setiausaha Kerajaan Negeri dan Majlis Daerah Baling (MDB) untuk mengambil tindakan.

Menurutnya, JAS pada waktu itu memaklumkan kepada CAP bahawa jabatan itu telah mengambil tindakan serta merta mengawal pencemaran tersebut dan merangka tindakan jangka panjang bagi memastikan kejadian seumpama ini dapat dikawal sepenuhnya dan tidak berulang lagi di masa hadapan.

“Tetapi apa yang berlaku sekarang keadaan pencemaran sungai di Kampung Kuala Bakong tidak berubah dan masalah ini amat mengecewakan dan membimbangkan CAP,” katanya.

0 comments:

Post a Comment