Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment

Bangkok – Pusat Pengekalan Keamanan dan Ketenteraman Awam (CMPO) semalam mendapat tindak balas tidak tidak disangkakan ketika mengumumkan akan mengeluarkan saman terhadap golongan artis yang membuat persembahan pentas menyokong demonstrasi antikerajaan.

Pengumuman itu disambut hilaian tawa pelakon dan pemuzik yang dimaklumkan mengenainya di pentas Chidlon.

Artis terbabit langsung tidak mempedulikan amaran itu malah penyanyi Jetrin ‘J’ Wattanasin memuat naik jadual persembahannya bagi setiap pentas demonstrasi yang akan dilawatinya.

Pelakon Daraneenute ‘Top’ Pohpiti pula memuat naik gambar di Instagram dengan catatan: “Jumpa di Chidlom.

Kami akan menjual gelang tangan bendera Thai untuk meraikan saman dikeluarkan!” Sementara itu, pelakon Dr Sarawit ‘Gong’ Sookbun memuat naik puisi mengatakan CMPO perlu juga menahan sesiapa yang mengkhianati negara – yang disifatkannya ‘hobi’ golongan penyokong kerajaan.

Pelakon Worarit ‘Not’ Fueng-arom dan Chatchai Plengpanich berkata mereka menganggap demonstrasi sekadar luahan pandangan seperti dibenarkan demokrasi.

“Usahlah cuba menakutkan kami.

Saya tidak takut kerana mana-mana rakyat Thai berhak menyuarakan pendapat,” kata Chatchai.- Agensi

0 comments:

Post a Comment