Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment

LA PAZ – Presiden Bolivia, Evo Morales mengisytiharkan darurat di negara berkenaan susulan hujan lebat yang meragut 41 nyawa dan menyebabkan 20,000 yang lain hilang tempat tinggal.

Pejabat Presiden mengeluarkan perintah itu sebagai langkah untuk menggerakkan kutipan dana, keperluan asas dan angkatan tentera bagi membantu mereka yang terjejas teruk dalam tempoh lima bulan ini.

Pada Sabtu lalu, hujan lebat menyebabkan tanah runtuh di bandar Rurrenabaque, lokasi pelancongan popular di utara La Paz, yang meragut 10 nyawa.

Sementara itu, kerajaan memberi amaran bahawa angka korban mungkin meningkat dari semasa ke semasa berikutan musim hujan ketika ini.

Musim hujan yang melanda Bolivia sejak akhir September tahun lalu, menyebabkan beberapa sungai utama melimpah. – AFP

0 comments:

Post a Comment