KAPALUA – Pemain golf terkenal, Rory McIlroy beroleh `kemenangan’ pertamanya tahun baru ini apabila mengumumkan pertunangan dengan bintang tenis, Caroline Wozniacki.
Mereka yang dianggap antara pasangan terkemuka dalam sukan mengumumkan ikatan pertunangan menerusi Twitter.
Jurucakap McIlroy mengesahkan pemain golf itu meluahkan hasratnya di Sydney ketika Wozniacki membuat persiapan untuk mengharungi kejohanan tenis Terbuka Australia.
McIlroy dalam akaun Twitter berkata: “Selamat tahun baru semuanya! Saya rasa tahun ini adalah tahun yang menarik!! Kemenangan pertama saya bagi 2014″.
Dia menambah: “Beliau (Wozniacki) berkata ya!!”
Wozniacki juga menyatakan berita yang sama dalam akaun Twitternya yang antara lain mengandungi gambar cincin pertunangan, gambar mereka bersama dan bunga
api Sydney Harbor. – AP
0 comments:
Post a Comment