Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 1, 2014

No Comment

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka merancang untuk mengadakan 96 program pelancongan dengan 15 daripadanya adalah acara utama sepanjang tahun ini.

Antara programnya ialah Raptor Watch Week 2014 dari 8 hingga 9 Mac di Tanjung Tuan, 17th Archipelago Drum Festival (9-17 April) di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Melaka River Invitational Festival 2014 (22 Mei-22 Jun) di Dataran Sungai Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata program itu bertujuan merealisasikan misi kerajaan negeri untuk menarik 15 juta pelancong tahun ini.

“Kita yakin mampu mencapai sasaran ini dengan adanya usaha dan kerjasama daripada pelbagai pihak terutama masyarakat Melaka dan semua pemain industri pelancongan yang menjadi tulang belakang ke arah kemajuan industri pelancongan Melaka,” katanya dalam ucapan sempena sambutan ambang Tahun Baru 2014 di Dataran Pahlawan Bandar Hilir.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka, Datuk Md Yunos Husin.

Pada majlis itu, kerajaan negeri turut melancar dan mengedarkan Kalendar Acara Pelancongan Melaka 2014 yang menyenaraikan semua program pelancongan di Melaka sepanjang tahun ini.

Idris berkata, visi menjadikan Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan terunggul di Asia bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai berdasarkan pelbagai pengiktirafan yang diterima kerajaan negeri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Beliau berkata, antara pengiktirafan yang diterima termasuk Golden Winners for Green Ambassador Awards for the Built Environment and Architechtural Heritage 2013 di London dan The Real Wonder of World (Real WOW) 2013 yang dianugerahkan Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment