Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 22, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) mahu mengadakan kempen `roadshow’ di seluruh negara bermula 24 Januari ini bagi memberi penerangan tentang parti itu kepada orang ramai.

Pengerusi Nasionalnya, Dr. Nasir Hashim berkata, `roadshow’ itu akan bermula di Perak dan berakhir pada 23 Mac ini di Pulau Pinang.

“Kempen ini meliputi keseluruhan 11 negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.

“Fasa kedua dan ketiga di Sabah dan Sarawak akan diadakan selepas kita menilai sambutan rakyat di Semenanjung Malaysia,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Nasir berkata, `roadshow’ itu bertujuan meningkatkan profail PSM sebagai sebuah parti nasional di samping mengkikis tangapan negatif terhadap PSM seperti parti anti agama, anti perniagaan dan parti komunis.

Menurutnya, ia juga bertujuan memperkenalkan dan meningkatkan kesedaran rakyat tentang PSM dan perjuangannya yang sentiasa bersama rakyat.

“Aktiviti sepanjang kempen ini seperti mengedarkan risalah, memberi sokongan solidariti kepada perjuangan tempatan, mengadakan forum dan ceramah, mempopularkan akhbar PSM–Sosialis dan meningkatkan keahlian parti,” katanya.

0 comments:

Post a Comment