Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment

Nashville – Seorang rahib berusia 83 tahun mungkin berdepan hukuman penjara seumur hidup semalam, selepas didapati bersalah dalam satu tunjuk perasaan dan menceroboh tempat simpanan uranium gred bom utama Amerika Syarikat.

Sister Megan Rica adalah salah seorang daripada tiga aktivis yang didapati bersalah melakukan sabotaj tahun lalu apabila mereka menceroboh kilang senjata nuklear di Oak Ridge, Tennessee.

Syor hukuman 6 hingga 9 tahun

Kerajaan sudah mencadangkan penjara enam sehingga sembilan tahun bagi Rica, Michael Walli dan Greg Boertie-Obed. Ketiga-tiga tertuduh memotong pagar dan mengecat slogan di dinding luar kilang pemprosesan uranium. Penunjuk perasaan juga memercikkan darah serta mengetuk dinding kilang itu.

Mereka merayu hukuman lebih ringan dengan berkata tindakan di Kompleks Keselamatan Y-12 adalah simbolik dan bermaksud untuk menarik perhatian simpanan senjata nuklear Amerika, yang disifatkan sebagai tidak bermoral dan haram.

“Mereka adalah golongan komited kepada usaha keamanan dan keadilan selama berdekad,” kata peguam bela, Bill Quigley. – AP

0 comments:

Post a Comment