Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 1, 2014

No Comment

KOTA KINABALU – Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata negeri ini mencatat peningkatan 21 peratus ketibaan pelancong dari Januari hingga Oktober tahun lepas iaitu kepada kira-kira 2.5 juta orang berbanding tempoh yang sama tahun 2012.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 1.8 juta adalah pelancong domestik yang meningkat 17 peratus manakala pelancong antarabangsa terutama dari Hong Kong dan China meningkat 84.7 peratus atau 307,325 orang yang kebanyakannya datang menerusi 237 penerbangan charter.

Ia merupakan rekod tertinggi di Malaysia, katanya ketika berucap pada majlis sambutan ambang Tahun Baharu dan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 di Lintasan Deasoka yang dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di sini malam tadi.

Masidi berkata usaha keras kementerian dan pengusaha pelancongan untuk membina semula keyakinan dalam kalangan pihak antarabangsa bahawa Sabah merupakan destinasi selamat untuk dilawati adalah terbukti menerusi peningkatan jumlah pelancong itu.

“Syukur dengan tekad dan proaktif pihak kerajan, matlamat ini dapat dicapai. Sepertimana yang saya nyatakan, peningkatan ini jelas membuktikan bahawa Sabah merupakan destinasi selamat untuk dilawati, malah ada pelancong yang merungut kepada saya kerana hotel-hotel di Kota Kinabalu semuanya penuh,” katanya.

Beberapa peristiwa berlaku tahun lalu di Sabah seperti pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan penculikan seorang wanita Taiwan serta pembunuhan suaminya di Pulau Pom-Pom, Semporna.

Masidi berkata sempena TMM 2014, Sabah menyediakan pelbagai pakej dan tarikan pelancong termasuk pelayaran persiaran menerusi Star Cruise Aquarius.

Beliau berkata sempena TMM, negeri ini akan menjadi tuan rumah pelbagai acara termasuk kejohanan golf berprestij, kejohanan regata dan pesta muzik. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment