Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, January 13, 2014

No Comment

BUKIT KAYU HITAM – Visa Waktu Ketibaan (VOA) hanya boleh diberikan kepada pelawat China dan India yang tiba di negara ini dari Singapura atau Thailand melalui lapangan terbang sahaja, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata kelulusan bersyarat itu dipersetujui Kabinet berkuat kuasa bulan ini bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 yang bermula 1 Jan lepas.

“Pelancong atau pelawat dari kedua-dua negara itu yang ingin memasuki negara ini melalui pintu masuk sempadan atau jalan darat tidak akan diberikan VOA,” kata Wan Junadi kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui pemberita ketika melakukan lawatan kerja ke kawasan sempadan Malaysia/Thailand di sini dan mendengar taklimat agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Wan Junaidi berkata Jabatan Imigresen di lapangan terbang yang diberi kebenaran mengeluarkan VOA itu ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Terminal Penerbangan Tambang Murah Sepang, Bayan Lepas (Pulau Pinang), Senai (Johor Baharu), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah). – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment