Pasangan suami isteri yang ditahan reman di Sweden kerana dikatakan memukul tangan anaknya kerana tidak bersolat. Gambar fail.
Kementerian Luar berkata ia akan terus berusaha membantu kes tahanan reman pasangan Malaysia oleh pihak berkuasa Sweden.
Wisma Putra dalam satu kenyataan lewat malam tadi berkata, keutamaan segera ketika ini ialah memindahkan penjagaan empat orang anak pasangan itu dari keluarga angkat tempatan kepada keluarga Islam Malaysia.
Kenyataan itu berkata, Jabatan Perkhidmatan Masyarakat Sweden memberi kerjasama penuh setakat ini dan menganggapnya sebagai kes khas.
"Ia mula mpenenemuramah beberapa keluarga Malaysia yang kini tinggal di Sweden sebagaimana diminta oleh kementerian untuk kesesuaian diberikan penjagaan itu," katanya.
Kedutaan Malaysia di Stockholm, katanya, akan menemui Jabatan Perkhidmatan Masyarakat pada 24 Januari untuk perbincangan selanjutnya berhubung isu berkenaan. - Bernama, 23 Januari, 2014.
0 comments:
Post a Comment