Nama pelakon Yana Samsudin memang tak sah kalau tak dikaitkan dengan pelakon baru yang juga adik kepada aktor Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari.
Baru-baru ini, Yana mengakui dirinya sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.
Walau bagaimanapun, Yana menyatakan meskipun perancangan untuk berkahwin sudah ada, namun dia tetap menyerahkan segala-galanya kepada jodoh yang telah ditetapkan Yang Maha Esa.
Memetik portal Murai, “kalau nak ikutkan, memang saya pernah terfikir untuk berkahwin pada tahun ini, memandang usia saya pun sudah semakin lanjut”.
“Mengenai hubungan dengan Fadzil, sebenarnya apa yang boleh saya katakan kami hanya berkawan dan hubungan kami sudah terjalin sejak empat tahun lalu. Malah keluarga kedua belah pihak pun sudah saling mengenali,” katanya.
Yana juga seolah-olah memberi hint bahawa dia kini hanya menunggu lamaran daripada jejaka itu apabila berkata, “saya hanya seorang wanita dan apa-apa pun perlu tunggu pihak lelaki yang datang melamar. Kalau benar dia sukakan saya sudah tentu dia sendiri yang akan datang meminang saya”.
Rasanya kalau dah suka sama suka, apa yang nak ditunggu lagi kan?
Kalau jodoh kuat di antara mereka, pastinya nanti anak mereka pun secomel anak Farid dan Diana Danielle!
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment