Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, February 18, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersedia untuk berdebat dengan pemikir kontroversi Kassim Ahmad kerana menganggap individu tersebut sebagai pengamal ajaran sesat.

Naib Presiden ABIM, Hasri Harun berkata, idea dan pemikiran Kassim Ahmad perlu dihentikan kerana sering mengeluarkan perkara tidak berasas mengenai Rasullulah S.A.W , ulama’ dan tradisi keilmuan Islam.

“Selagi perkara ini tidak disiasat oleh pihak berkuasa agama, pandangan yang diutarakan termasuk menyatakan rambut itu bukan aurat serta mempertikai syahadah kenabian telah seolah-olah mendapat “endorsement”.

“Jabatan Agama perlu memainkan peranan untuk mengambil tindakan sepertimana yang dilakukan ke atas ajaran sesat lain dalam negara kerana pemikiran itu jelas berlawanan dengan prinsip ajaran Islam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beberapa media semalam mendakwa Kassim yang didakwa anti hadis  mencabar pihak yang tidak bersetuju dengan pandangannya dalam “Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian” untuk berdebat.

Kassim mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut satu sistem “kasta paderi” yang dipanggil ulama, umat Islam seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW dengan syahadah kedua dan rambut bukan aurat wanita.

Hasri dalam pada itu mendakwa Kassim sebenarnya seorang yang angkuh dan perdebatan dengan beliau tidak akan memberi sebarang makna dalam mencapai sebarang tujuan yang positif dalam mencari kebenaran.

Ia kerana Hasri mendakwa ABIM pada 28 Jun 1986 pernah mengadakan muzakarah bersama Kassim Ahmad di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Petaling Jaya, Selangor.

Menurutnya, dialog tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Presiden ABIM pada waktu itu, Dr. Abdul Halim El-Muhammady yang menjawab pelbagai dakwaan kontroversi yang dilontarkan oleh Kassim yang jelas bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah.

“Sepanjang dialog tersebut, Kassim Ahmad gagal menjawab serta mengemukakan hujah,” dakwa Hasri.

0 comments:

Post a Comment