Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 6, 2014

No Comment

RATA-RATA mereka yang pernah bekerja dengan Fasha Sandha tidak dapat menafikan betapa pelakon ini sangat berdisiplin dan menepati masa di lokasi.

Perkara ini diakui sendiri oleh pengarah, Along Kamaluddin menerusi temubualnya di Sinar Harian.


“Saya mengagumi bakat dan kebolehan yang ada pada dirinya. Selain mempunyai kecantikan semula jadi, dia seorang yang berdisiplin dan sangat menepati masa.

“Jika waktu penggambaran bermula seawal jam 8 pagi, Fasha antara orang yang terawal tiba di lokasi. Malah jika diberi pilihan, Fasha merupakan aktres pertama yang akan saya pilih sebagai heroin dalam drama saya,” katanya.

Kenyataan itu susulan tindakan Fasha menegur pelakon Dazrin yang juga merupakan pasangannya dalam drama bersiri Miranda yang disiarkan di TV3 bermula semalam.

“Tindakannya meluah perasaan dalam sebuah akhbar merupakan perkara yang betul dan bukan fitnah semata-mata. Saya akui Dazrin memang mempunyai masalah disiplin dan sering lewat ke lokasi penggambaran.

“Masalahnya bukan lambat dalam masa 10 minit tetapi berjam-jam. Saya ingin tegaskan, Fasha tidak menipu atau berbohong mengenai masalah ini. Malah saya sendiri terpaksa tinggalkan set penggambaran kerana sudah jemu menunggu Dazrin,” ujarnya lagi.

Bagi menjernihkan kemelut itu, Along berkata, satu mesyuarat telah diadakan bagi mempertemukan kedua-dua pelakon tersebut dan masing-masing sudah meluahkan rasa yang terbuku di hati mereka.

“Alhamdulillah… Selepas sesi ini tamat, Fasha mahupun Dazrin berjanji bahawa mereka tiada masalah untuk terus bekerjasama,”jelasnya.

Khabarnya, Dazrin akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan keadaan sekaligus meminta maaf atas kesilapannya sebelum ini.

Baguslah kalau sudah diselesaikan cara baik. Lagipun, macam mana nak ‘feel’ bercinta dalam drama kalau masing-masing sakit hati, betul tak?

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment