Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 7, 2014

No Comment
Isteri tertuduh (tutup muka) turut hadir prosiding, semalam. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR - Susulan kes seorang bapa yang mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, Kajang minggu lalu, seorang penganggur didakwa atas tiga pertuduhan iaitu membunuh dan dua pertuduhan cuba membunuh anak perempuannya.

Kira-kira jam 11.40 pagi semalam, wad di Hospital Kajang menjadi lokasi prosiding pendakwaan ke atas Norazman Mohammad, 43, yang masih dirawat kerana turut cedera dalam kejadian itu.

Norazman didakwa membunuh anaknya, Zulaikha, 7, dengan sebilah parang di rumah No 21, Jalan 4/9G, Bandar Baru Bangi, di sini sekitar jam 4 petang, 30 Januari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh hanya memberikan reaksi mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhammad.

Norazman menghadapi dua pertuduhan lain iaitu cubaan membunuh dua lagi anaknya, Maryam, 10, dan Liyana, 12, pada masa dan tempat yang sama.

Dia mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Majistret Abdul Jalil Salam Muhammad menetapkan kes disebut di Mahkamah Majistret Kajang pada 25 Februari depan.

Ketika prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Abirami manakala tertuduh diwakili peguam Nasar Khan.

Media sebelum ini melaporkan, dalam kejadian tersebut, seorang bapa yang menganggur sejak dua tahun lalu mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Bandar Baru Bangi.

Susulan kejadian itu, polis menemui suspek dalam keadaan murung, basah dan cedera di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment