Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 6, 2014

No Comment

Seperti kelaziman dua hari sebelum berlangsungnya perlumbaan berprestij Formula One (F1), Petronas Malaysia Grand Prix, pihak penganjur akan menyajikan persembahan artis bertaraf antarabangsa untuk menghiburkan peminat setia sukan lasak tersebut.

Jika sebelum ini Petronas membawakan Backstreet Boys, Demi Lovato, 2NE1, dan U-Kiss, kali ini tiba giliran penyanyi terkenal British, Craig David dan selebriti popular Korea, Rain pula bakal mengegarkan pentas tersebut pada 28 dan 29 Mac depan.

Craig David dijadualkan membuat persembahan pada 28 Mac dan Rain pula keesokan harinya.




Konsert percuma ini akan diadakan di KLCC bermula jam 6 petang sehingga 2 pagi.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk berhibur bersama-sama bintang ternama ini sempena demam F1 2014!

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment