Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, February 18, 2014

No Comment

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah mengakui fenomena cuaca panas yang sedang melanda negeri itu sejak beberapa minggu lalu belum pernah berlaku di negeri berkenaan sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan Kedah, Datuk Suraya Yaacob berkata, fenomena itu antara lainmenjejaskan golongan pesawah di negeri itu.

“Kejadian ini belum pernah berlaku di Kedah. Faktor cuaca yang sangat panas menyebabkan hasil tanaman padi menjadi kering hingga pesawah tidak boleh mengusahakan tanaman mereka.

“Pesawah di Kedah mengalami kerugian lebih RM200,000 akibat tanaman mereka tidak dapat diusahakan kerana permukaan tanah sawah menjadi kering,” katanya pada majlis Perasmian Penutupan Makmal Transformasi Wanita Negeri Kedah di sini hari ini.

Sehubungan itu, Suraya berkata, kerajaan Kedah akan mencari alternatif untuk membantu golongan pesawah yang mengalami kerugian kerana sawah mereka tidak dapat diusahakan.

Menurutnya, cadangan itu akan dibincangkan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri pada satu perjumpaan pada 3 Mac ini.

Beliau dalam pada itu mengakui tiada peruntukan yang disediakan untuk pesawah berikutan fenomena baharu tersebut kerana ia tidak dikategorikan sebagai bencana alam sebelum ini.

“Bagaimanapun kami akan mempertimbangkan untuk memberikan bantuan khas membantu golongan pesawah,” katanya.

0 comments:

Post a Comment