Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, February 18, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Sekumpulan pembeli rumah Taman Seri Sayang di Balik Pulau dekat sini meminta kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan masalah rumah mereka yang belum siap sejak 14 tahun lepas.

Noordin Ahmad, 53, yang mewakili 63 pembeli berkata mereka membeli rumah di Jalan Genting, Balik Pulau itu semasa projek itu dalam pembinaan pada 2000 dan pemaju memberi jaminan rumah akan siap pada 2002.

Bagaimanapun sehingga sekarang rumah itu yang dijual pada harga RM94,500 hingga RM275,000 seunit masih belum siap sepenuhnya.

“Projek itu melibatkan 38 unit pangsapuri kos sederhana, 14 unit rumah kedai dua tingkat dan 11 rumah teres dua tingkat, kami terpaksa menanggung hutang sejak 14 tahun lepas kerana kediaman tidak siap hingga hari ini.

“Bila kami minta penjelasan daripada pemaju, mereka memberi pelbagai alasan. Pihak pembeli pernah beberapa kali membuat aduan mengenai perkara ini kepada kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang membeli sebuah rumah kedai untuk menjalankan perniagaan buku, terpaksa menanggung hutang RM2,500 setiap bulan dan dalam masa sama terpaksa menyewa kedai lain untuk menjalankan perniagaan.

Sea Kim Wooi, 43, pula berkata beliau terpaksa membayar sewa rumah dan dalam masa sama membayar ansuran kediaman yang belum siap itu setiap bulan.

Ibu tiga anak itu berharap kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan masalah itu dengan segera.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo ketika ditanya mengenai perkara itu berkata kerajaan negeri akan memanggil pemaju perumahan itu Khamis ini untuk membincangkan masalah berkenaan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment