Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 6, 2014

No Comment

SEREMBAN – Sebanyak 614 kes demam denggi dilaporkan di negeri ini dalam tempoh 1 Januari hingga 5 Februari tahun ini menunjukkan peningkatan mendadak berbanding tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, daripada jumlah tersebut satu kes kematian dilaporkan membabitkan seorang lelaki India di Taman Dusun Setia, Ampangan.

“Pada minggu kelima tahun ini sahaja sebanyak 226 kes demam denggi dilaporkan berbanding 50 kes tahun lalu.

“Daripada jumlah berkenaan daerah Seremban menunjukkan jumlah paling tinggi iaitu 214 kes. Manakala di daerah lain iaitu Port Dickson (4), Jempol (4), Kuala Pilah (3), Tampin (1), dan Rembau (2),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini semalam.

Menurutnya, terdapat lima kawasan panas dikenal pasti antaranya kawasan perumahan Taman Seremban Jaya.

Malah Mohamad berkata, peningkatan kes demam denggi juga menyebabkan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) tidak mampu lagi menampung jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital.

“Saya difahamkan hospital kini tidak cukup tempat untuk menerima pesakit demam denggi kerana jumlah yang terlalu ramai.

“Manakala bagi yang baru disyaki dijangkiti, mereka terpaksa berulang-alik ke hospital setiap hari untuk mengambil darah,” katanya.

Selain itu katanya, masyarakat juga tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab menjaga kebersihan kepada pihak jabatan berkaitan semata-mata kerana isu ini ia adalah tanggungjawab bersama.

Katanya, sekalipun pihak kerajaan berusaha sepenuhnya bagi menangani masalah ini, namun jika tiada kerjasama daripada semua pihak ia sukar ditangani.

“Jabatan berkaitan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah dikerah menjalankan tugas masing-masing, tapi saya dukacita dengan laporan diterima apabila segelintir masyarakat didapati sukar memberi kerjasama.

“Jangan padang remeh isu denggi ini kerana sesiapa sahaja boleh dijangkiti selagi langkah-langkah awal pencegahan tidak diberi keutamaan dalam kehidupan seharian,” katanya. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment