Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 6, 2014

No Comment

Tak dapat dinafikan, program gotong royong memanglah aktiviti yang berfaedah dan dapat menyemai semangat kerjasama.

Namun bagi penduduk Subang Perdana, program gotong royong yang diatur Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad ini seolah-olah ada udang di sebalik batu.

Seorang wakil penduduk yang dikenali sebagai Zul Subang mendakwa, gotong royong terpaksa dilakukan apabila kontraktor yang diupah MBSA melakukan kerja sambil lewa.


Sedangkan, kontrak tersebut diberi menggunakan wang rakyat. Jadi adalah tidak adil apabila rakyat pula dikerah untuk mengatasi kegagalan kontraktor yang sudah dilantik.

Pada masa sama Zul Subang mengingatkan PBT berkenaan supaya ikhlas dan amanah ketika memilih kontraktor – bukan yang sapu duit rakyat tapi kerja tak buat.

- REM RAMZI

Sumber: Facebook Zul Subang

0 comments:

Post a Comment