Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 6, 2014

No Comment

Jika nak diikutkan dirinya terlebih dahulu terjun dalam bidang seni sebelum sang suaminya, namun Siti Sarah Raisudin tidak ralat memberikan peluang kepada suaminya, Shuib Sepahtu mengukuhkan perjalanan karier seninya terlebih dahulu.

Ini kerana menurut Sarah, dia sentiasa mendahulukan suaminya dalam segala hal dan sentiasa menyokong usaha Shuib untuk maju ke hadapan.

Memetik portal Gua, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, “semenjak saya berkahwin dengan Shuib, saya memang mendahulukan dirinya dalam segala hal. Saya memang galakkan dia ke hadapan”.

Walaupun dilihat kurang aktif dalam bidang seni seperti sebelum zaman anak daranya, Sarah turut menyatakan dia masih lagi mendapat undangan persembahan daripada syarikat-syarikat korporat.

“Walaupun tanpa sebarang produk baru, undangan membuat persembahan masih banyak, Alhamdulillah,” ujarnya yang kini kelihatan semakin langsing.

Dalam pada masa yang sama, Sarah dan Shuib telah dilantik menjadi duta produk pelangsingan badan, Royal Slim Lishuo Magic yang telah berjaya menurunkan berat badan Sarah daripada 70 kilogram (kg) ke 43 kg sekarang.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment