Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 26, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Fenomena jerebu yang melanda ketika ini dikenal pasti berpunca daripada sumber dalaman seperti pembakaran hutan, pembebasan asap kilang dan kenderaan serta pembakaran terbuka.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Datuk Che Gayah Ismail berkata fenomena itu langsung tidak mempunyai kaitan dengan kejadian letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara baru-baru ini atau berdasarkan faktor luaran lain.

Beliau berkata cuaca panas dan kering tanpa kehadiran hujan untuk beberapa hari memburukkan lagi keadaan.

“Sumber-sumber dalaman itu beserta dengan ketiadaan hujan menyebabkan partikel seperti gas, debu, habuk dan zarah terkumpul di udara dan tidak dapat turun ke bumi,” katanya kepada Bernama.

Mengikut rekod JMM, jerebu kini tertumpu di kawasan bandar besar yang aktif dengan aktiviti ekonomi dan perindustrian serta memiliki jumlah kenderaan yang banyak seperti Kuala Lumpur (Lembah Klang), Selangor (Subang) dan Pulau Pinang (Seberang Perai).

Che Gayah berkata cuaca panas dan kering yang dialami ketika ini agak tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan ia dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac.

“Bagaimanapun keadaan jerebu masih terkawal namun langkah pencegahan awal bagi mengelak ia menjadi lebih teruk perlu dilakukan, antaranya mengelak pembakaran terbuka dan mengurangkan jumlah kenderaan awam di jalan raya,” katanya.

Menurut bacaan Indeks Pencemaran Udara yang direkod Jabatan Alam Sekitar pada tengah hari ini, sebanyak 23 kawasan mencatat status kualiti udara tahap baik dan 26 kawasan tahap sederhana.

Sementara itu Naib Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Dr Othman Warijo berkata demam adalah penyakit paling banyak direkod apabila wujud fenomena jerebu.

Beliau berkata oleh itu kandungan air yang mencukupi di dalam tubuh akan membantu sistem pertahanan badan menjadi lebih kuat.

“Minum air dalam jumlah yang mencukupi, sama ada air putih atau air isotonik, namun air isotonik tidak boleh diminum berlebihan kerana kandungan gulanya agak tinggi,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar mengelak dripada menggunakan ais berlebihan dalam minuman kerana ais juga boleh menyumbang kepada penyakit lain seperti batuk dan alahan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment