Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

IPOH – Sepuluh penghuni hilang kebanyakan harta benda mereka apabila tiga buah rumah teres setingkat musnah dalam kebakaran di Jalan Regat Wing Onn, Taman Wing Onn di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh P. Samasuvam yang mengetuai operasi itu berkata kebakaran dilaporkan berlaku pada pukul 7.53 pagi ketika kebanyakan mereka berada di dalam rumah.

Katanya api marak dengan cepat, namun 28 anggota dari Balai Bomba Ipoh dan Meru, berjaya mengawal api daripada merebak dalam masa 20 minit.

“Kebakaran bermula dari rumah tengah yang didiami seorang warga emas sebelum ia merebak melalui bumbung yang mengenai rumah kiri dan kanan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Warga emas berusia 70-an itu bagaimanapun tiada di rumah ketika kejadian. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment