Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

MELAKA – Kira-kira 1,000 penjawat awam kerajaan negeri hari ini mengadakan solat hajat, bacaan yassin dan tahlil bagi bagi memohon dipermudahkan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.

Solat diadakan di Dewan Seri Negeri pada sebelah pagi dengan diketuai Mufti Negeri Datuk Rashid Redha Md Saleh yang turut disertai Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Othman Muhamad, para exco dan pegawai kanan kerajaan.

Idris memberitahu pemberita kemudiannya, solat hajat itu juga diadakan bagi memohon hujan dan dijauhi penyakit denggi.

“Kita telah selaraskan semua masjid di negeri Melaka untuk mengadakan solat hajat yang sama selepas solat Jumaat esok. Harapan kami dengan usaha kami lakukan ini, pencarian MH370 dapat dipermudahkan,” katanya.

Beliau turut meminta umat Islam supaya tidak menggunakan usaha yang bertentangan dengan agama dalam mencari petunjuk tentang kehilangan pesawat itu.

Pesawat B777-200 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dilapor hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi. Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment