Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

SETIU – Dua maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah Proton Iswara, van Nissan Vanette dan MPV Naza Citra di KM 52.9 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Kampung Sungai Lerek, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang maut ialah pemandu Proton Iswara, Che Hassan Deraman, 60, dari Chabang Empat, Tumpat Kelantan dan penumpang kereta tersebut, Waehamah Nurisaem, 47, berasal dari Narathiwat, Thailand.

Tiga yang cedera parah ialah pemandu van yang juga pengajar di sebuah pusat latihan perhutanan di Kuala Terengganu, Rosmawadi Ghazali, 51, bersama isteri serta anaknya iaitu Tuan Kamariah Tuan Besar, 54, (penumpang hadapan) dan Nini Nuraini, 23 (penumpang belakang).

Ketua Polis Dearah Setiu, Deputi Superintendan Abd Rahman Raja Mohamad berkata, Che Hassan maut di lokasi kejadian manakala penumpang di bahagian belakang kereta terbabit meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Setiu.

“Sebelum kemalangan.. van dinaiki Rosmawadi bersama tiga penumpang termasuk isteri dan dua anaknya dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan ini terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Akibatnya, ia bertembung dengan Proton Iswara. Sebuah lagi kenderaan iaitu MPV dinaiki Normala Mat Noh (pemandu), 46, bersama tiga penumpang termasuk suaminya yang berada di tempat duduk belakang tidak sempat mengelak lalu terlanggar Proton Iswara.

“Pemandu dan penumpang MPV tidak alami sebarang kecederaan. Bagaimanapun, isteri Che Hassan yang berada di tempat duduk penumpang Proton Iswara, Che Gayah Kasim serta seorang lagi anak Rosmawadi iaitu, Nurfatini, 17, alami cedera ringan,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi, Romly Ismail dari Balai Bomba dan Penyelamat Setiu berkata, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan jam 11.17 malam, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian menaiki sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota.

“Pihak bomba mendapat maklumat ada mangsa tersepit akibat kemalangan atas jambatan Sungai Lerek.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan membabitkan tiga kenderaan dengan van Nissan Vanette terhumban bawah jambatan pada ketinggian lebih kurang tiga meter.

“Pemandu Proton Iswara yang tersepit di tempat duduk disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan sebelum dibawa keluar oleh pihak bomba yang mengambil masa lebih kurang setengah jam,” katanya. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment