Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

Tokyo – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe semalam menyatakan bahawa beliau mahu Tokyo dan Seoul mengetepikan permusuhan zaman perang menjelang pertemuan pertamanya dengan Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye.

Hubungan antara kedua-dua negara berada pada tahap paling rendah berikutan isu berkaitan pemerintahan penjajah Jepun pada 1910 hingga 1945 selain isu pertikaian sempadan dan penggunaan ‘hamba seks wanita’ dalam rumah pelacuran.

Abe meninggalkan Lapangan Terbang Haneda untuk lawatan tiga hari ke Belanda bagi menyertai Persidangan Keselamatan Nuklear bermula hari ini di The Hague.

Berusaha kurangkan ketegangan

Sementara itu, beliau juga akan menemui Park dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama selepas Washington menggesa kedua-dua negara itu mengurang tekanan hubungan mereka.

“Ia akan menjadi perbualan pertama saya dengan Presiden Park Geun-Hye dan saya mahu menjadikannya langkah pertama membina hubungan masa depan Jepun dengan Korea Selatan,” kata Abe sebelum bertolak.

Pertemuan tiga hala itu untuk membincangkan ancaman nuklear Korea Utara. Pertemuan itu adalah kemajuan diplomatik penting kerana Abe dan Park tidak pernah bertemu secara rasmi. – AFP

0 comments:

Post a Comment