Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 14, 2014

No Comment


Oleh : NURUL FARINA NAZLAN

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyelesaian yang diguna pakai kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menangani krisis kehilangan pesawat Malaysia Airlines System (MAS) MH370 mencalar imej Malaysia di mata dunia.

Anwar berkata, teguran yang dikeluarkan pemimpin negara ASEAN juga memperlihatkan bahawa kerajaan cukup lemah dalam menguruskan krisis yang sedang berlaku seperti tidak mempunyai sebarang pengalaman.

Beliau turut mempertikaikan maklumat yang bercanggah dikeluarkan pemangku Menteri Pengangkutan, Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan MAS berhubung misteri kehilangan terbabit.

“Dia sebenarnya baru selesa dengan media yang dikongkong jadi bila berdepan dengan media bebas antarabangsa, dia kelam kabut. Bagaimana boleh timbul empat pasport, dua pasport, pesawat hilang, lepas tiga hari tentera udara kata patah balik.

“Semalam, kata tak pasti. Kita tidak boleh urus krisis dengan begini, kenyataan mesti disahkan dan tidak boleh ragu-ragu kerana itu yang diberitahu oleh bekas Panglima Angkatan Tentera kepada saya,” katanya.

Hujah Anwar disokong Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan Malaysia bukan sahaja kehilangan MH370 tetapi kredibiliti negara dan pimpinan turut terpalit sama ekoran gagal menguruskan krisis berkenaan. – Selangor Kini

0 comments:

Post a Comment