Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

BAITULMUQADDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam menyatakan, satu serangan tentera negaranya di utara Tebing Barat kelmarin merupakan suatu tindakan yang wajar.

Menurutnya, serangan itu dilakukan ke atas para pejuang Palestin yang melaku- kan serangan terhadap askar-askar Isarel dan orang awam.

“Dasar kami adalah untuk memudaratkan sesiapa yang melakukan kemudaratan ke atas kami,” katanya kepada Kabinet di sini.

Tiga pejuang Palestin termasuk seorang pejuang pergerakan Hamas terbunuh pada awal kelmarin dalam satu kejadian tembakan di kem pelarian Jenin.

Tentera Israel menyerbu kem tersebut untuk menangkap seorang pejuang Palestin, Hamza Abu Al-Haija.

Namun, Hamza enggan menyerah diri.

Dia kemudian melepaskan tembakan ke arah askar-askar Israel menyebabkan dua daripada mereka cedera.

Askar-askar Israel turut melepaskan tembakan menyebabkan Hamza terbunuh.

Hamza, 23, merupakan anak seorang ketua ketenteraan Hamas, Jamal Abu Aleija di Tebing Barat.

Jamal kini berada di sebuah penjara di Israel kerana menjalani hukuman penjara seumur hidup. – dpa

0 comments:

Post a Comment