Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan kerajaan mengupah ‘Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP’ yang muncul di KLIA untuk ‘membantu’ mencari pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing.

“Tentang bomoh tadi, saya percaya tidak dibuat oleh Umno, oleh BN dan tidak dibuat oleh mana-mana agensi kerajaan kerana cara perlakuan bomoh itu.

“Pertama, dibuat di tempat orang ramai. Dia pakai pakaian macam cerita (P Ramlee, Laksamana) Do Re Mi.

“Jadi bayangkan, takkan kita nak buat macam itu,” katanya sewaktu menjawab soalan wartawan.

Beliau diminta mengulas gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar siasatan dilakukan untuk mengetahui siapa yang menjemput bomoh tersebut. – Malaysiakini.com

0 comments:

Post a Comment