Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

Berlin – Pihak berkuasa kastam Jerman memintas bungkusan yang dialamatkan ke Vatican mengandungi 14 kondom berisi kokain, baru-baru ini.

Akhbar Bild am Sonntag melaporkan, kotak berisi 340 gram dadah bernilai 40,000 euro (RM182,000) itu dirampas di lapangan terbang antarabangsa di Leipzig, bandar di timur Jerman.

Dadah itu yang diposkan dari sebuah negara Amerika Selatan ialah dalam bentuk cecair dan dituangkan ke dalam kondom serta diposkan ke ibu pejabat pos Vatican.

Memetik laporan kastam Jerman, akhbar itu berkata, pihak berkuasa menyerahkan bungkusan dadah berkenaan kepada polis di Vatican dengan tujuan memerangkap orang yang akan menuntutnya.

Bagaimanapun, menurut akhbar itu, sehingga ini tiada pihak yang datang menuntut.

Penyiasat percaya penerima yang dimaksudkan itu sudah dimaklumkan bahawa bungkusan itu sudah dipintas. – AFP

0 comments:

Post a Comment