Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Enam kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) ditahap sederhana setakat 6 pagi Isnin.

Kawasan itu ialah Bakar Arang (Sungai Petani), Balok Baru (Kuantan), Kangar, Miri, Sibu dan Kuala Selangor.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan itu mencatat IPU melebihi 50 iaitu Bakar Arang (Sungai Petani) mencatat bacaan (52), Balok Baru (Kuantan) (63), Kangar (57), Miri (51), Sibu (56) dan Kuala Selangor (62).

Sebanyak 45 kawasan lagi mencatat bacaan baik antaranya Kota Tinggi (34), Larkin Lama (35), Muar (47), Alor Setar (50), Tanah Merah (35) dan Bandaraya Melaka (35).

IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Menurut JAS, menjelang lewat tengah hari atau awal petang lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan.

Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment