Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

Laporan media asing bahawa penyiasat Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawat MH370 masih berada di udara selama hampir 4 jam selepas ia kali terakhir dapat dikesan melalui radar awam dinafikan kerajaan Malaysia.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, wakil Boeing dan Rolls Royce yang berada di Malaysia memberitahu tidak ada sebarang maklumat yang diterima selepas hubungan dengan kapal itu terputus.

Dakwaan itu disiarkan The Wall Street Journal Asia (WSJ) sebentar tadi dengan memetik sumber dua individu yang mempunyai maklumat berkaitan.

Maklumat terbaru itu mewujudkan kemungkinan kapal tersebut telah diterbangkan ratusan batu lagi dalam keadaan yang agak samar.

Penyiasat udara dan pasukan keselamatan kebangsaan (AS) percaya kapal itu telah diterbangkan tambahan 4 jam lagi berdasarkan data yang dimuat turun dan dihantar ke daratan secara otomatik dari enjin kapal Boeing berkenaan bagi tujuan penyelengaraan dan pemantauan.

Kenyataan pakar AS yang terbaru itu konsisten dengan kenyataan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) semalam bahawa usaha mencari pesawat MAS itu diperluaskan ke Lautan Andaman, iaitu ratusan kilometer menghala barat laut dari tempat asal pencarian.

0 comments:

Post a Comment