Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 23, 2014

No Comment

PAGI tadi, kerajaan Malaysia menerima beberapa data baru satelit dari pihak berkuasa Perancis menunjukkan beberapa objek yang terapung di kawasan koridor selatan di kawasan perairan Lautan Hindi.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata imej berkenaan segera dihantar kepada Pusat Penyelaras Operasi Menyelamat Australia (RCCA) untuk tindakan selanjutnya.

“Pada pukul 2.30 petang tadi, pihak berkuasa Australia memaklumkan kami (Malaysia) bahawa mereka masih tidak menemui apa-apa petunjuk baru yang boleh dikaitkan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini pihak media dimaklumkan tiada sidang media akan diadakan tetapi pihak kerajaan dan pasukan siasatan hanya akan memberikan kenyataan rasmi berkenaan perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk hari ke-16 pencarian pesawat MH370.

Berhubung ramalan cuaca buruk yang bakal melanda kawasan koridor selatan pencarian MH370 juga diambil kira dengan beberapa penerbangan ke kawasan berkenaan dibatalkan.

“Beberapa penerbangan dari Subang dibatalkan ekoran cuaca buruk akibat ribut tropika Gillian.

“Hari ini sebuah pesawat P-8 Poseidon Tentera Laut India dan satu pesawat Hercules C-130 Tentera Udara India berlepas dari Lapangan Terbang Subang untuk menyertadi misi SAR mengesan pesawat MH370,” katanya.

Selain itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata pihak RCCA akan menghantar lapan pesawat dengan empat daripadanya pesawat tentera dan empat pesawat awam untuk terbang ke koridor selatan untuk melaksanakan misi SAR.

Beliau juga memaklumkan dalam kenyataan itu bahawa Pasukan peringkat tertinggi kerajaan Malaysia di Beijing telah mengadakan taklimat pagi ini untuk ahli keluarga penumpang MH370.

“Majlis taklimat berkenaan berlangsung selama enam jam dan ia adalah majlis taklimat ketiga telah diadakan.

“Pasukan itu memberikan maklumat kepada ahli keluarga dan juga menjawab soalan dan pertanyaan mereka,” katanya menurut kenyataan itu.

0 comments:

Post a Comment