Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

Awal pagi nanti, genaplah seminggu pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal hilang tanpa khabar berita.

Dalam pada itu timbul cadangan untuk mengadakan solat ghaib untuk penumpang beragama Islam yang menaiki pesawat.

Bagaimanapun Pengasas Imam Muda & Ustazah Pilihan, Tuan Asmawi Tuan Umar bertegas beliau tidak setuju dengan perkara ini kerana seluruh waris penumpang terlibat dan masyarakat Malaysia umumnya masih menaruh harapan agar segala-galanya berakhir dalam keadaan selamat.

“Selagi pihak berkuasa tidak mengumumkan bahawa penumpang sudah meninggal dunia, solusi terbaik adalah mengerjakan solat hajat untuk mendoakan yang terbaik,” ujarnya ketika dihubungi SiakapKeli.com.

Tuan Asmawi berkata, sensitiviti dan perasaan waris serta keluarga penumpang MH370 juga perlu diambil kira dalam hal ini kerana solat jenazah ghaib biasanya dilaksanakan hanya apabila seseorang itu sudah sah meninggal dunia namun ahli keluarga atau saudara seislam tidak berkesempatan untuk menyembahyangkan jenazah kerana lokasi jauh dan sebagainya. – REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment