Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR –  Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan laporan yang mengatakan polis memberi tumpuan siasatan kepada seorang penumpang etnik Uyghur berusia 35 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata beliau tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media berkaitan siasatan kehilangan pesawat MH370.

“Siasatan adalah rahsia dan masih dijalankan.

“Polis akan memberikan perkembangan terkini dalam kes ini pada masa yang sesuai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mana-mana laporan yang memetikan kenyataan beliau adalah palsu.

“Laporan itu tidak benar,” katanya mengulas laporan yang mengatakan siasatan polis kini bertumpu kepada lelaki Uyghur yang juga salah seorang penumpang pesawat MH370.

Harian Metro hari ini melaporkan PDRM dan Polis Antarabangsa (Interpol) bekerjasama menyiasat latar belakang seorang penumpang lelaki penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang beretnik Uyghur berusia 35 tahun berbanding penumpang lain.

Laporan itu juga menyebut lelaki tersebut disiasat kerana kepakaran yang dimilikinya. – Astroawani.com

0 comments:

Post a Comment