Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

Ada segelintir masyarakat kita ini kadang-kala terlalu fanatik pasal agama sehingga memalukan agama kita sendiri.

Lihat printscreen di atas, tanpa usul periksa, tanpa tahu hujung pangkal, main hujah kepada anak gadis salah seorang anak kapal MH370 untuk pakai tudung sedangkan dia bukan seorang yang beragama Islam.

Cara menegur punyalah kasar… siap nak buat si gadis itu rasa bersalah yang bapak dia tanggung dosa pasal dia tak tutup aurat… tanpa ambik tahu dulu dia muslim atau tidak. Dah dua silap kat situ… satu bahasa yang pada penulis adalah kasar, keduanya tidak melakukan sebarang usul periksa dahulu apa agamanya.


Sangat biadap dan memalukan sikap pemilik akuan twitter yang membuat teguran itu.

Faham tak wahai bahalol yang menegur… dah la dia mesti tengah runsing dan sedih dengan kehilangan bapanya… kau zahirkan kebodohan kau dengan tetiba bagi ceramah salah saluran.

Terpaksa guna istilah bahalol supaya yang guna akaun @xxAZRIxx sedar dari kebodohan dan lain kali tak perlu fanatik sangat.



Nanti orang kata Islam ni agama yang main sondol aje tanpa menghormati perasaan dan situasi orang lain berada.

Jangan nak cerita niat kau baiklah bila kau tanpa usul periksa siap bagitahu dosa Gorgxous ditanggung bapanya…pandai-pandai terus jatuh hukum.

Tolonglah jangan fanatik sangat… tolong la ok… lain kali usul periksa betul-betul sebelum buat teguran.

0 comments:

Post a Comment