Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – McDonald’s Malaysia menangguhkan program `National Breakfast Day 2014′ berikutan insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) bagi penerbangan MH370 hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing sejak Sabtu lalu.

McDonald’s Malaysiam dalam satu kenyataan media memberitahu, penangguhan itu bagi menghormati ahli keluarga mangsa insiden berkenaan.

“Ekoran perkembangan semasa berkenaan pesawat MH370, McDonald’s Malaysia ingin mengumumkan penangguhan `National Breakfast Day 2014′ yang dijadualkan berlangsung pada 17 Mac ini.

“Keputusan ini dibuat bagi menghormati mereka yang menerima kesan daripada kejadian ini, dan kami turut mendoakan keselamatan dan kesejahteraan para penumpang dan anak kapal yang terlibat,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, McDonald’s Malaysia akan mengumumkan tarikh baharu bagi program `National Breakfast Day’ pada masa yang lebih bersesuaian.

Hari ini masuk hari ke-6 operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu tetapi tiada petunjuk yang membawa kepada penemuan pesawat itu yang hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing, China.

0 comments:

Post a Comment