Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 23, 2014

No Comment

KAJANG – Kesemua 15 pusat mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang ditutup pada 5 petang ini setelah dibuka sejak 8 pagi.

Pusat mengundi itu ialah Sekolah Rendah Agama Batu 10 Cheras; Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sekamat; SK Saujana Impian; Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang; SK Sungai Kantan; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang; SMK Convent Kajang dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Chua.

Proses pengundian turut berlangsung di Balai Raya JKKK Kg Baru Sungai Chua; Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan Sungai Chua; Dewan Orang Ramai Sungai Chua; SAR (KAFA Integrasi) Taman Delima; SK Kantan Permai; SK Kajang dan Kompleks Penghulu mukim Cheras.

SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil itu mampu mencapai sehingga 80 peratus dan sehingga pukul 4 petang, 25,511 atau 67.04 peratus daripada 38,055 pengundi, keluar menunaikan hak masing-masing.

Pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, dan keputusan rasmi dijadual diketahui seawal 9 malam ini.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Bagaimanapun kedua-dua calon tidak mengundi.

Kerusi itu kosong berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lepas.

Lee menang kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment