Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

Penyelidikan menggunakan gema radar satelit milik Perancis mengesan beberapa objek yang dikatakan mempunyai kaitan MH370, kira-kira 2,301 kilometer dari bandar Perth, Australia.

Maklumat berkenaan telah dihantar serta-merta kepada pasukan mencari dan menyelamat Malaysia.

Perancis memutuskan untuk menggunakan lebih banyak sumber dan maklumat satelit dalam usaha pencarian MH370 yang hilang sejak 2 minggu lalu setelah pencarian menggunakan kapal laut dan udara tidak membuah sebarang hasil.

Perkembangan terkini itu dilaporkan akhbar France Diplomatie beberapa jam yang lalu.

Pesawat MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing kira-kira pukul 12.41 pagi, 8 Mac lalu.

Ia dijadualkan tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

(GAMBAR HIASAN)

0 comments:

Post a Comment