Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

DUNGUN – Hasrat seorang warga emas untuk mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak kesampaian selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Felda Kerteh 2, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, Mustapa Ismail, 64, yang menunggang sebuah motosikal sedang menuju ke Dewan Sivik Paka sebelum bergesel dengan sebuah PERODUA Myvi yang terbabas.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub, berkata nahas berlaku selepas PERODUA Myvi yang dipandu seorang remaja dari FELDA Kerteh 2 cuba memotong motosikal mangsa.

“Ketika cuba memotong, kereta berkenaan bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan sebelum berpusing dan bergesel dengan motosikal mangsa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, berikutan pertembungan itu, mangsa yang berasal dari FELDA Kerteh 3 tercampak ke dalam longkang berhampiran dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Mayat dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang anggota polis yang akan bersara dua tahun lagi meninggal dunia selepas bermain badminton bersama lapan rakannya di Dewan Badminton Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, Koperal Salahudin Ali, 54, rebah ketika sedang berehat selepas menghabiskan dua set permainan sebelum dikejarkan ke Hospital Dungun.

Beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ahmad Zailani berkata, Allahyarham yang berasal dari Kampung Bukit Kolam, Pengkalan Berangan di Marang meninggalkan seorang isteri, Rohani Omar, 50 tahun dan enam orang anak. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment