SAN FRANCISCO – Dua pesawat kecil berlanggar di San Francisco Bay, dan hanya satu pesawat berjaya mendarat di lapangan terbang berhampiran, kata Pengawal Pantai Amerika Syarikat.
Jurucakap agensi, Loumania Stewart, berkata serpihan dikesan di dalam air selepas perlanggaran berlaku pada petang semalam.
Beliau berkata, satu daripada pesawat berkenaan mendarat di lapangan terbang berhampiran, bagaimanapun tiada maklumat segera mengenai keadaan penumpang.
Jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Ian Gregor, berkata maklumat lanjut mengenai insiden berkenaan sedang disiasat. – AP
0 comments:
Post a Comment