LEBIH seminggu lalu, heboh diperkatakan mengenai kes seorang pelakon filem Khurafat yang ditahan di sebuah kelab malam di ibu kota kerana positif dadah.
Biarpun laporan di dada akhbar tidak menyebut siapakah gerangan pelakon itu, tetapi ramai pengguna laman sosial yang mendakwa bahawa dia ialah Along Eyzendy.
Menerusi portal hiburan OHBULAN!, pelakon tersebut tidak mahu memberikan sebarang komen atas nasihat pihak pengurusannya.
Ujar Along lagi, satu sidang media akan diadakan selepas segalanya selesai nanti.
“Setakat ini, tidak terpalit lagi dengan kerjaya saya. Allah lebih mengetahui siapa saya. Apa yang pasti, saya akan beri komen selepas semuanya selesai,” katanya.
Hmm…harapnya dakwaan tersebut tidak betullah ya.
Cukup-cukuplah menambah cerita tidak enak mengenai artis dan ketagihan dadah dalam kehidupan mereka.
Oleh: Elza / SiakapKeli.com
0 comments:
Post a Comment