Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 15, 2014

No Comment

BEBERAPA hari yang lalu, kita dikejutkan dengan kisah seorang pakcik, Mohd Said Mohamed Jaid, 56, yang membuat laporan polis kerana mendakwa terganggu oleh suara azan Subuh dan suara mengaji yang dikatakan terlalu kuat.

Susulan laporan itu, sekumpulan pihak telah bersemuka dengan pakcik tersebut dan memintanya berpindah jika berasa terganggu dengan suasana itu.

Mereka turut menggantung poster yang bertulis:

“Kalau tak nak dengar azan, pindah saja, tak payah nak report polis.”

“Duduk dan pindah dalam hutan kalau tak mau dengar azan faham, jangan campur masyarakat.. Kawan dengan monyet atau jadi orang utan.. Faham…”


Jika itu cerita di sebelah pihak sahaja, apa kata kali ini kita dengar pula cerita dari seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang yang menyebelahi pakcik Mohd Said:

“Assalamualaikum

Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuatsehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari……nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu….Anti Masjid….maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Wassalam.

~Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang”

Dengan adanya penjelasan ini, mungkin orang ramai boleh berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang komen atau pendapat.

Terpulang kepada anda untuk membuat penilaian pihak yang mana betul atau salah, yang penting jagalah etika dan budi bahasa anda di laman sosial.

Oleh: Elza / SiakapKeli.com

(Sumber: Tengok TV Online)

0 comments:

Post a Comment