Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 16, 2014

No Comment

Lapan penjelajah Ekspedisi Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) Felda Greenland 2014 telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London pada jam 10 pagi hari ini bagi menjayakan misi merentasi pulau ais terbesar di dunia bermula 25 April ini.

Peserta yang terpilih akan diiringi bersama-sama lima krew sokongan sepanjang misi yang dijangka mengambil masa selama 35 hari itu.

Lapan peserta itu ialah Yanizam Mohamad Supiah (Ketua Penjelajah), Abdul Rahman Abu Hassan, Tahira Najmunisaa Mohd Zaid, Shaiful Hisyam Abd Aziz, Mohd Akasyah Jamaludin, Muhammad Irwan Yusuf Abdullah, Muhd Hafizuddin Abdul Mutalib dan Muhammad Musaddiq Samsudin.

Pasukan ini dijangka bakal berdepan dengan pelbagai situasi mencabar bagi mencapai kejayaan merentasi Greenland antaranya seperti serangan beruang kutub, ribut salji dan cuaca sejuk melampau yang mampu mencapai tahap negatif 40 darjah celcius.

Hadir sama di KLIA ialah penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusoff yang menyempurnakan majlis pelepasan pasukan ekspedisi berkenaan. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment