Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 15, 2014

No Comment

Sebuah kereta peronda polis jenis Inspira dihempap tiang penghadang had ketinggian jalan di Jalan USJ 3D, Subang Jaya sekitar jam 7 petang semalam.

Ketika gambar diambil oleh orang ramai yang kemudian memuatnaik di laman Facebook, anggota polis terlibat masih di dalam kenderaan yang remuk dalam keadaan sedar.





Menurut laporan media hari ini, mangsa kemalangan yang merupakan anggota polis bantuan berusia 30 tahun patah tangan manakala dua rakannya selamat.

Kemalangan berlaku apabila sebuah lori tangki terlanggar tiang had ketinggian di laluan bertentangan membuatkan tiang tersebut melambung lalu menghempap kereta peronda polis tersebut.

Pemandu lori tangki terlibat melarikan diri dan kini sedang dikesan pihak berkuasa.

- SiakapKeli.com

Oleh: Rem Ramzi
Sumber gambar: Facebook DAily TRaffic REport

0 comments:

Post a Comment