Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 16, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Usaha Malaysia bersama-sama 26 negara lain mengendalikan operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang terus mendapat pujian.

Kali ini dizahirkan Presiden Suruhanjaya Bebas Pemantauan Pelaksanaan Perlembagaan Afghanistan (ICOIC), Gul Rahman Qazi semasa mengunjungi Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Dalam pertemuan hampir satu setengah jam itu, Abu Zahar berkata, Gul Rahman turut menyuarakan simpati kepada Malaysia dan anggota keluarga penumpang serta kru MH370.

Katanya, Gul Rahman memberitahu bahawa rakyat Afghanistan sentiasa mengikuti perkembangan operasi mencari pesawat itu.

“Beliau turut mendoakan supaya segala usaha untuk mengesan pesawat itu dapat berjalan lancar dan akan menemui petunjuk yang lebih jelas,” katanya kepada pemberita di sini.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sebelum ini, pemimpin dari pelbagai negara turut memuji usaha Malaysia memimpin operasi mencari pesawat Malaysia Airlines itu yang dianggap terbesar pernah dilakukan.

Gul Rahman bersama-sama enam anggota delegasi terdiri daripada anggota ICOIC dan pakar perundangan Afghanistan membuat kunjungan itu bagi mendapat pemahaman dan maklumat lanjut berhubung sistem perlembagaan diamalkan di Malaysia.

Abu Zahar berkata, Gul Rahman turut teruja melihat pembangunan pesat Malaysia selain memuji amalan sistem perlembagaan negara ini yang turut diamalkan banyak negara lain.

Katanya beliau menjelaskan kepada delegasi ICOIC itu bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang sentiasa mengamalkan dasar keterbukaan dalam apa jua perkara dan ini dibuktikan dengan penerimaan Malaysia terhadap bantuan dari negara luar dalam misi mencari MH370.

“Beliau juga ingin mendapatkan maklumat terperinci mengenai amalan perlembagaan negara ini dan saya memberitahunya bahawa kita sentiasa bersedia untuk membantu siapa sahaja dan tidak ada masalah untuk memberikan pandangan,” katanya.

ICOIC adalah entiti kerajaan Afghanistan yang ditugaskan menyelesaikan konflik mengikut perlembagaan, mendidik rakyat negara itu tentang kepentingan kedaulatan undang-undang dan memastikan semua pihak beroperasi dalam rangka Perlembagaan Republik Islam Afghanistan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment