TAWAU – Sebanyak 30 motosikal disita dalam Op Lejang di sekitar Batu Payung di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata 30 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
“Operasi yang melibatkan tiga pegawai dan 30 anggota itu merupakan operasi bagi mencegah kesalahan lalu lintas, pencegahan jenayah serta mengesan motosikal curi yang akan dijalankan dari semasa ke semasa,” katanya satu dalam kenyataan.
Beliau berkata pemilik motosikal tersebut boleh menuntut kenderaan mereka di cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment