Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 28, 2014

No Comment

TAWAU – Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat meminta supaya pelajar institusi pengajian tinggi proaktif dan bijak menggunakan kebebasan untuk berpolitik.

Beliau berkata mereka perlu bijak menggunakan kebebasan itu bagi mencorak persekitaran politik yang lebih segar dan menjadi pendorong utama ke arah transformasi negara.

“Negara memerlukan golongan mahasiswa yang lebih bijak, positif dan proaktif dan bukan sebagai penentang kepada kerajaan. Oleh itu mereka perlu menggunakan peluang tersebut dan tidak tergelincir daripada landasan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran program Delegasi Bayu 2014 anjuran Kelab Penyanyang dan Pembangunan Komuniti Universiti Malaysia Sabah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kalabakan, dekat sini semalam.

Katanya golongan mahasiswa mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar kerana mereka dididik supaya menyanjung tinggi nilai dan budaya ilmu kepimpinan agar menjadi pemimpin yang berkarisma.

Mengulas mengenai program itu, Hamisa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu berkata penglibatan mahasiswa dalam program khidmat komuniti seharusnya dijadikan teladan kepada organisasi dan institusi daripada badan kerajaan dan bukan kerajaan.

“Program ini boleh dijadikan sebagai acara wajib dalam menabur bakti kepada masyarakat dan sekali gus menyemai sikap-sikap murni seperti tolong menolong, berkerjasama dan sekaligus menyahut seruan kerajaan dalam merealisasikan Konsep 1Malaysia.

“Melalui program ini, khidmat komuniti yang ditaburkan bukan sahaja disalurkan kepada penduduk kampung, malah turut dijalankan di sekolah dengan harapan agar pelajar dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang berguna,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment