Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 16, 2014

No Comment

IPOH – Insiden keganasan membabitkan penyokong Perak selepas pasukan mereka tewas 1-0 kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak malam tadi memalukan negeri ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pihaknya berasa kesal kerana kejadian ia turut melibatkan dua petugas media mengalami kecederaan.

Beliau bagaimanapun menyalahkan pihak polis kerana didakwa tidak membuat pencegahan awal untuk mengelakkan insiden itu daripada berlaku.

“Dalam isu ini, kami (DPP Perak) bersama Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA) yang jelas sedaya upaya mengelakkan agar kejadian buruk daripada berlaku seperti episod malang yang pernah berlaku di Stadium Larkin, Johor Bahru dalam sangian sama dahulu.

“Seawal petang sebelum perlawanan sudah kedengaran terdapat bas penyokong JDT diconteng dan Presiden PAFA, Datuk Zainol Fadzi Paharudin di dalam sidang medianya meminta agar pihak Polis melakukan tindakan yang sewajarnya.

“Jika polis melakukan pencegahan awal sudah pasti dapat mengurangkan ketegangan terutama dibabak akhir perlawanan tersebut apabila segelintir penyokong telah membakar suar dan membaling bom asap ke tepi padang,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad berkata, pihak polis juga dilihat lambat bertindak mahu pasukan keselamatan itu menjelaskan insiden tersebut yang memalukan negeri Perak.

0 comments:

Post a Comment