Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 16, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Belia Negara pada Mei tahun ini akan melibatkan aktiviti di peringkat daerah bagi menarik lebih ramai belia di seluruh negara menyertai sambutan berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu sejajar dengan konsep baharu yang diperkenalkan bersempena sambutan Hari Belia Negara tahun ini iaitu `Jom ke Putrajaya’.

Ia juga bertujuan memastikan sambutan itu dirasai di peringkat daerah sekali gus dapat melibatkan lebih ramai belia terutama yang tidak berpeluang ke Putrajaya menyertai samburan berkenaan.

“Beberapa pertandingan akan dimulakan di peringkat daerah dan negeri dan pemenangnya layak ke pertandingan akhir di Putrajaya. Contoh pertandingan tilawah Al Quran, nasyid, pidato, kawad kreatif, kompang, futsal, sukan tradisional, berbalas pantun dan dikir barat.

“Melalui cara ini, belia di seluruh negara dapat mengambil bahagian dalam sambutan Hari Belia Negara melalui pelbagai program, sama ada sukan, rekreasi, atau keagamaan. Acara kemuncak iaitu Festival Belia Putrajaya akan diadakan pada 22 hingga 25 Mei 2014,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Khairy bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kaedah baharu dalam sambutan Hari Belia Negara tersebut akan menyebabkan peruntukan untuk Festival Belia Putrajaya di Putrajaya dikurangkan.

Namun, katanya, langkah itu wajar demi memastikan penglibatan yang lebih meluas belia di seluruh negara.

“Ini tidak bermakna FBP kurang hebat pada tahun ini. Pelbagai acara dan program telah disusun untuk menyaksikan Putrajaya sekali lagi muncul sebagai bandar mesra belia.

“FBP tahun ini akan mula dengan program Selawat Belia pada 22 Mei malam di pentas utama dan akan diisi dengan puluhan acara yang menepati citarasa belia.Maklumat lanjut mengenai Festival Belia Putrajaya ada di facebook.com/festivalbeliaputrajaya,” katanya.

0 comments:

Post a Comment