Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 15, 2014

No Comment

LAMAN web CNN hari ini memetik sumber rasmi dari Amerika Syarikat (AS) mengatakan telefon bimbit milik pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 telah dihidupkan dan ia dapat dikesan oleh menara telekomunikasi di Pulau Pinang bagaimanapun tiada panggilan dibuat.

Maklumat itu membuatkan kini pasukan penyiasat sedang melihat jutaan rekod panggilan telefon untuk melihat jika ada panggilan telefon yang dibuat dari pesawat itu selepas ia dilaporkan hilang pada 8 Mac lepas.

Laporan berkenaan sebelum ini disiarkan di muka depan akhbar New Straits Times (NST) yang memetik sumber dari pasukan penyiasat di Malaysia yang menyebut pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid (Gambar, kiri) cuba untuk menghubungi seseorang.

Menurut laporan itu, panggilan itu cuba dilakukan ketika pesawat berada pada ketinggian 5,000 kaki dan terbang merentasi Pulau Pinang.

Laporan CNN menyebut, sumber pasukan penyiasat AS itu berkata telefon bimbit milik Fariq cuba mengesan isyarat telekomunikasi kira-kira 30 minit selepas pesawat MH370 membuat pusingan balik “air turn back” kembali ke Semenanjung Malaysia.

Pada Sabtu, BERNAMA melaporkan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menafikan laporan NST mengenai perkara itu.

Panggilan telefon itu kononnya dibuat ketika pesawat itu terbang rendah berhampiran Pulau Pinang.

Hishammuddin berkata jika dakwaan akhbar itu benar, beliau sepatutnya mengetahui perkara itu dari awal lagi.

Pesawat MH370 hilang dari radar pada 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan ke Beijing, China membawa 239 penumpang dan anak kapal. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment